HAK-HAK WANITA DALAM PERKAHWINAN

Undang-undang Keluarga Islam terutama yang bersangkutan dengan hak-hak seseorang wanita  termaktub di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di mana seseorang wanita itu bermastatutin.

Setiap negeri di Malaysia telah menggubal   Undang-undang Keluarag Islam (UKI) masing-masing untuk diguna pakai di dalam pentadbiran jabatan agama negeri. Dalam menguatkuasakan undang-undang keluarga Islam, Jabatan-jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri serta Mahkamah Syariah merujuk kepada undang-undang berikut:
 

Perlaksanaan  undang-undang di atas adalah berlandaskan kepada Pentadbiran Hukum Syarak  negeri-negeri berkenaan termasuklah soal-soal perkahwinan, rumahtangga, perceraian, tuntutan nafkah dan lain-lain. Hak-hak wanita termasuk  sebahagian daripada undang-undang ini.

Hak-hak Wanita:

1. Had umur minima berkahwin:

Seseorang wanita Islam hanya dibenarkan berkahwin di bawah UKI jika ia telah berumur 16 tahun  ke atas. Seseorang wanita yang berumur di bawah 16 tahun hanya boleh berkahwin dengan syarat mendapat kebenaran daripada mahkamah.
Dalam hal ini, mahkamah yang dimaksudkan ialah Mahkamah Syariah.

2. Kebenaran Wali:

Seseorang wanita tidak dibenarkan berkahwin jika tidak mendapat persetujuan dan kebenaran wali. Sebelum seseorang wanita itu berkahwin, ia hendaklah mendapatkan kebenaran daripada  wali sah pihak perempuan sebagaiman hukum Syarak atau Wali Hakim di tempat wanita itu bermastautin.
Terdapat banyak kes di mana wali sah enggan membenarkan perkahwinan seseorang wanita dengan pelbagai alasan seperti tidak menyukai  bakal suami wanita tersebut. Keenganan wali merestui perkahwinan seseorang wanita mempunyai pro dan kontranya tetapi ia seharusnya diselesaikan dengan cara terbaik bagi mengelakkan timbulnya keburukan pada masa akan datang.
Sesetengah wanita yang kahwin lari berpunca daripada perkahwinan yang tidak mendapat restu wali atau keluarga.
 Undang-undang memberi ruang kepada wanita untuk mendapat keadilan. Seseorang wanita yang hendak berkahwin tetapi tidak berwali atau tidak mendapat persetujuan wali boleh mendapatkan kebenaran perkahwinan daripada  Hakim Syarie di kawaan wanita itu bermastautin.

3. Mengingkari Perkahwinan:

Seseorang yang mengingkari perjanjian perkahwinan (lazimnya setelah bertunang)  tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum Syarak adalah bertanggungjawab untuk membayar apa-apa kerugian atau wang yang telah dibelanjakan bagi tujuan pertunangan atau memulangkan segala pemberian semasa pertunangan dahulu.
Undang-undang ini bertujuan memberi perlindungan kepada kaum wanita supaya pihak lelaki tidak dengan mudah memutusakan pertunangan sebagai alasan untuk berkahwin dengan wanita lain.
 Andainya kejadian ini berlaku, tuntutan di atas segala kerugian akibat daripada keenggan atau keingkaran itu boleh dibuat di Mahkamah Syariah tempat pemohon bermastautin.

4. Mahar:

Mahar atau maskahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Ia boleh berupa wang atau benda-benda lain. Al-Quran misalnya boleh dijadikan mahar. Bagaimanapun pemberian maskahwin ini telah ditentukan mengikut negeri-negeri berupa sejumlah wang yang ditetapkan.
Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa, ayat 4 bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".
Mahar bukanlah sebahagian daripada rukun nikah dan tidak wajib disebut pada waktu akad nikah. Pun begitu di dalam UKI negeri-negeri,  pengantin lelaki atau wakilnya hendaklah membayar maskahwin kepada pengantin  perempuan di hadapan orang yang mengakadnikahkan dan dilihat  sekurang-kurangnya oleh dua orang saksi.
UKI membenarkan wanita menuntut maskahwinnya di Mahkamah Syariah  sebagai hutang jika  suami gagal melunaskannya.

5. Permohonan Perkahwinan:

Seseorang wanita (tak terkecuali lelaki) yang hendak berkahwin perlu mengemukakan permohon perkahwinan terlebih dahulu mengikut syart-syarat oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri tempat pemohon bermastautin.
Sebelum seseorang itu dibenarkan berkahwin, mereka perlu menjalani ujian dan kursus pra-perkahwinan. Hanya selepas  meghadiri kursus dengan jayanya, kebenaran perkahwinan secara bertulis dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama.
Terdapat berbagai-bagai kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh badan-badan swasta, pertubuhan dan juga Jabatan Agama Islam negeri.

6. Kebenaran Berkahwin:

Perkahwinan boleh dijalankan setelah permohonan yang dikemukakan itu diluluskan sama ada oleh Pendaftar Mahkamah, Hakim Syarie atau pihak berkuasa agama negeri. Lazimnya ia dikendalikan oleh Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri.

7. Tempat Akad Nikah:

Akad nikah bagi setiap perkahwinan hendaklah dijalankan di dalam kariah masjid  wanita  yang hendak berkahwin itu bermastautin. Seseorang wanita yang bernikah di luar kawasan masjid kariahnya merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda.
Jika dengan sebab-sebab tertentu, seseorang wanita itu perlu bernikah di luar kawasannya,  kebenaran khas perlu diperolehi daripada Hakim Syarie terlebih dahulu.

8. Mendaftarkan Perkahwinan:

Sesutau perkahwinan yang dilakukan mengikut UKI hendaklah didaftarkan dengan pihak berkuasa agama di mana pernikahan telah dilangsungkan. Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah satu kesalahan.
Pendaftaran ini bertujuan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara berbangkit serta memudahkan proses undang-undang jika terdapat apa-apa tuntutan atau bantahan. Sijil nikah akan dikeluarkan selepas pendaftaran dilakukan. Di sesetengah negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor, perakuan nikah berbentuk kad pengenalan atau kad kredit boleh diperolehi dengan permintaan.

9. Perkahwinan di luar Malaysia:

Wanita yang beradadi luar negara boleh mendapatkan kebenaran berkahwin di pejabat Kedutaan  atau Suruhanjaya Tinggi atau di Pejabat Konsul Malaysia di negara beliau tinggal.
 Kemudiannya, perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan dengan pihak berkuasa agama di negeri wanita itu bermastautin. Tempoh maksimum enam bulan diberikan kepada wanita atau pasangannya untuk mendaftarkan perkahwinan selepas pulang ke tanah air.
 Kegagalan mendaftarkan perkahwinan merupakan satu kesalahan mengikut UKI yang berkuatkuasa.

10. HAK WANITA DI DALAM PERKAHWINAN:

Isteri berhak mendapat nafkah zahir dan juga batin, tempat tinggal, pakaian, perubatan, makanan, minuman dan lain-lain. Isteri juga berhak mendapat perlindungan dan kasih sayang daripada lelaki yang menjadi suaminya. Takrifan perlindungan itu berbagai-bagai. Menyediakan isteri dengan tempat tinggal yang selesa dan selamat merupakan satu daripada bentuk-bentuk perlindungan.
Sebagai wanita, isteri harus memahami tentang  syarat-syarat dan keadilan jika suami berpoligami.  Suami yang hendak berkahwin lebih dari satu perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertama.
Antara hak-hak wanita di dalam perkahwinan ialah:

10a. Nafkah:

Nafkah ialah segala keperluan hidup bagi menyara keluarga seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain termasuklah keperluan bataniah.
Seandainya isteri tidak mendapat nafkah yang adil dan mencukupi daripada suami atau dia dikasari oleh suami,  dia boleh mengemukkan tuntutan atau saman di  Mahkamah Syariah.

10b. Jatuh Kelayakan Mendapat Nafkah:

Bagaimanapun mengikut UKI, isteri tidak berhak mendapat nafkah jika dia nusyuz (derhaka) kepada suami, menjauhi suami, meninggalkan rumah tanpa kebenaran serta enggan berpindah  bersama suami tanpa sebab yang munasabah.

10c. Kelayakan memohon Nafkah:

Jika suami mengabaikan tanggungjawab, meninggalkan isteri dan anak terus menerus, bercerai, anak-anak masih di bawah umur atau kurang upaya maka UKI membolehkan isteri menuntut nafkah daripada suami melalui Mahkamah Syariah.

10d. Yang berhak menuntu Nafkah:

 Tidak semua isteri  boleh menuntut nafkah kecuali, bekas isteri dalam eddah, isteri menuntut bagi pihak anak-anak dan wakil jika yang layak menuntut nafkah meninggal dunia.

10c. Bila Memohon Nafkah:

 Isteri boleh menuntut nafkah pada tempoh-tempoh tertentu  berdasarkan tarikh lafaz taalik atau sebaik sahaja perceraian disahkan. Jika suami tidk berupaya memberi nafkah, mahkamah boleh membuat keputusan dan memerintahkan wali atau warisnya membayar nafkah.

10d. Gugur Kelayakan:

 Kelayakan menerima nafkah bagi seseorang isteri akan gugur bila isteri nusyuz, isteri hidup curang atau berzina atau tamat tempoh eddah.

10e. Nafkah Sementara:

 Seseorang isteri layak menuntut nafkah sementara berdasarkan UKI bagi kes-kes mahkamah yang keputusannya mengambil masa yang lama. Isteri boleh membuat tuntutan di mahkamah.

11.  HAK ISTERI YANG DICERAIKAN:

Sebagaimana yang dimaklumi, perceraian adalah perbuatan halal tetapi keji di sisi Allah s.w.t. Perceraian hendaklah dielakkan kerana kesan buruk kepada keluaraga terutama anak-anak serta juga masyarakat. Banyak kejadian anak-anak terabai, ada yang terjerumus ke kancah keruntuhan moral berpunca daripada perceraian ibu bapa.

Firman Allah di dalam Surat An-Nisaa, ayat 19 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri itu)  dengan cara baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

Demi keadilan, UKI memberi hak kepada isteri yang diceraikan (bukan perceraian fasakh, khulu' dan taklik) untuk menuntut keadilan di mahkamah seperti berikut: