Make your own free website on Tripod.com

FADILAT NIAT

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berapa banyak amalan yang menyerupai amalan dunia (perbuatan harus yang tiada pahalanya) tetapi dengan sebab niat baik menjadikannya amalan akhirat (pahala). Berapa banyak amalan yang menyerupai amalan akhirat dengan niat buruk menjadikannya amalan dunia (diseksakan)".
  • Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Berbuat pertolongan (kepada saudara seagama), carilah (jalan) pahala kamu (mengerjakan yang diharuskan syarak dengan niat yang baik) dan biarkan Allah menghukum melalui lidah nabi-nya dengan kehendak-Nya".
  • Syeikh Hafiz Ahmad menyatakan, melakukan perkara harus dengan niat takwa kepada Allah adalah menjadi sunat.
  • Zabid pernah berkata: "Aku suka berniat pada setiap waktu makan dan tidurku".
  • Sebahagian salaf yang salih pernah berpesan kepada sahabatnya: "Apabila aku tidur, janganlah menyedarkanku daripada wiridku kerana sesungguhnya ketika aku hendak tidur, aku niatkan tidur itu untuk merehatkan badan bagi menyegarkannya dengan tujuan mentaati Allah, sebab tidur itu juga suatu ibadat".
  • Segala amalan baik adalah ibadat, diberi pahala sepenuhnya dengan syarat dilaksanakan dengan niat ikhlas kerana Allah.
    •         Wallahualam. Bagaimanapun segala fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin dan kehendak Allah. Dari itu carilah keredhaan Allah dengan melaksankan  segala  perintahnya.