Fadilat Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi 20 keberkatan", iaitu:

    * Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. Jika orang tiada
      pakaian boleh mendapat pakaian. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

    * Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. Jika terpenjara akan dibebaskan.

    * Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. Jika
      tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

    * Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
      Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. Jika dibacakan kepada
      orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

    * Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
      al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan
     pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

   * Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah
     Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
     Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
     mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

   * Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
     Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
     Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
     kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

   * Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada
     malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka,
     Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
     menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
     orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
     orang-orang yang munafik.

          Wallahualam…

Make your own free website on Tripod.com