Make your own free website on Tripod.com

Dalam beberapa hal, kualiti pembelajaran adalah lebih penting daripada kuantiti. Ini melahirkan kata-kata hikmat 'study smart and not study hard'. Untuk memanfaatkan sepenuhnya masa yang digunakan untuk mentelaah mata pelajaran, pelajar perlu mempunyai ciri-ciri, sifat dan cara tertentu supaya apa yang pelajar harungi dalam masa-masa singkat yang tertentu itu benar-benar berkesan dan bersemadi dengan jiwa pelajar. Ini akan melahirkan pelajar yang berkaliber dan mampu mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Hidup kita kini penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu bersedialah untuk mengubah diri sendiri supaya turut dapat bersaing malah mencapai kejayaan yang cemerlang.


Kaedah Belajar yang Berkesan


  1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
  2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  5. Memahami apa yang dibaca.
  6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
  8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
  9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
  11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
  13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.