Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS BELIA FELDA
NEGERI PERAK

Majlis Belia Felda Negeri Perak mula ditubuhkan pada bulan April tahun 1985 dengan diberi nama Majlis Belia Wilayah Perak / Selangor. Waktu itu majlis ini di pimpin oleh ASDO Wilayah Saudara Hj Hashim b. Jasin dan setiusahanya Sdr Arzami Hashim.

Persatuan ini telah berjalan dengan baik dan pemimpin silih berganti dan pada tahun 1998 persatuan ini telah menghadapi masaalah pengurusan dan terpaksa menerima pembatalan dari akta pertubuhan.

Diatas kesedaran ahli dan pihak pengurusan Felda Wilayah Ipoh maka pertubuhan ini didaftar semula dengan nama Majlis Belia Felda Negeri Perak. pada 10hb. Feb.1999 dengan nombor PPM / Pk 89/1442 / 98 (3) yang beralamat di Pejabat Felda Wilayah Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 31400 Ipoh. Perak.

Majlis telah menlantik barisan kepimpinan yang baru dipengerusikan oleh saudara Arzami b. Hashim. Pertubuhan ini telah digabungkan oleh 16 buah pertubuhan belia rancangan dalam negeri Perak, terdiri seperti berikut:-

PERSATUAN YANG DI GABUNGKAN

Bil Rancangan Tempat/Daerah
1 Felda Lepang Nenering Pengkalan Hulu
2 Felda Lawin Utara Gerik
3 Felda Lawin Selatan Gerik
4 Felda Papulut Gerik
5 Felda Bersia Gerik
6 Felda Ijok Selama
7 Felda Lasah Sungai Siput Utara
8 Felda Sungai Klah Sungkai
9 Felda Trolak Utara Sungkai
10 Felda Trolak Selatan Sungkai
11 Felda Trolak Timur Sungkai
12 Felda Gunong Besout 1 Sungkai
13 Felda Gunong Besout 2 Sungkai
14 Felda Gunong Besout 3 Sungkai
15 Felda Gunong Besout 4 Sungkai
16 Felda Gunong Besout 5 Sungkai
17 Felda Sungai Behrang Slim River

* Felda Sungai Behrang dalam proses pendaftaran ahli dan penubuhan.