Make your own free website on Tripod.com

Cara Memasang Kad Bunyi (Sound Card)

Persediaan

Anda bercadang untuk memasang kad bunyi pada komputer peribadi anda? Mudah saja. Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat. Dengan sedikit kesabaran dan sifat berani yang semulajadi ada dalam diri anda, saya pasti anda mampu melakukannya sendiri.

Sebagai persediaan, saya mengandaikan bahawa anda telah membeli kad bunyi tersebut dan telah membaca manual yang didatangkan bersama kad tersebut. Anda juga perlu memiliki sebatang pemutar skru di sisi anda

Oppppss..satu lagi. Pastikan CD atau disket driver serta kabel audio bagi kad bunyi tersebut turut berada dengan anda. Mesti ada le, sebab semua benda tu dibekalkan bersama semasa anda beli kad tu.

Pastikan juga cakera keras (hard disk) anda masih mempunyai ruang yang mencukupi untuk proses install driver dan software yang didatangkan dalam CD atau disket tersebut. Biasanya dalam manual tu dia ada tulis berapa megabait yang diperlukan. Saya rasa ini tak jadi masalah  sebab saiz yang diperlukan biasanya kecil sahaja.

Proses

1. Mula-mula, macam biasa le, off kan dulu le komputer anda. Gunakan pemutar skru untuk membuka penutup casing anda (biasanya 4 atau 6 biji skru).

2. Kalau anda pakai casing jenis berdiri (tower), ada baiknya anda telentangkan dia supaya anda boleh nampak papan induk (motherboard) di dalam tu menghadap ke atas. Bukan apa, ini untuk memudahkan anda untuk menekan masuk kad tu nanti.

3. Sekarang lihat kat motherboard anda tu untuk memilik kat slot mana anda nak cucuk kad bunyi tu. Biasanya kalau kad bunyi model sekarang ni jenis PCI le. Anda pilih le mana-mana slot yang masih kosong. Kebanyakan motherboard ada 3 atau 4 slot warna putih tu. Kalau kad anda jenis PCI, pilih le kat mana-mana slot putih yang masih kosong tu. Kalau anda beli kad jenis ISA (yang lebih panjang tu), anda kena guna slot ISA yang warna hitam tu (saiznya sama panjang le dengan kad anda).

4. Selepas dah tentukan kat slot mana nak cucuk kad tu, tanggalkan penutup besi di belakang casing tu. Mungkin anda kena cungkil sedikit pakai pemutar skru. Lepas tu gerak-gerakkan sedikit sehingga ia tertanggal daripada casing. Buat secara perlahan-lahan agar ia tidak bergeser dengan permukaan motherboard anda.

5. Sekarang, ambil kad bunyi tadi tu. Letakkan bahagian kaki kad yang mempunyai pin berwarna keemasan tu bersetentang dengan lubang slot yang telah anda pilih tadi. Tekan masuk secara perlahan-lahan sehingga pin keemasan pada kaki kad tu tenggelam masuk ke dalam lubang slot itu. Kalau rasa susah sangat nak masuk, mungkin kerana slot tu tak pernah digunakan sebelum ini, anda perlu mengerak-gerakkan sedikit kad tu semasa anda melakukan tekanan masuk tu. Buat le macam mana pun asalkan jangan sampai kad tu patah sudah le.

6. Sudah tu, skrukan kad tu sampai ketat. Takde skru? Cari le kat mana-mana!

7. Ok, dah hampir siap dah. Sekarang ambil kabel audio (audio cable). Satu bahagian kepala kabel tu cucuk le kat audio connector di kad bunyi tu. Biasanya connector ni terletak di tepi kad tu dan dia ada tulis "CD-in".
Satu lagi kepala kabel tu cucuk kat belakang CD ROM anda ( biasanya dia ada label "AUDIO")

8. Yes!! Dah siap pasang dah. Kembalikan kedudukan casing pada keadaan asal. Satu lagi, speaker dah ada ke ni? Tak kan beli kad bunyi kalau PC takde speaker. Nak dengar kat mana pulak bunyi yang akan keluar nanti. Kalau dah ada tu, cucuk le kabel dari speaker anda tu pada satu lubang di kad bunyi tu. Biasanya lubang tu dia labelkan sebagai "Spk" atau "Line-out".

9. Ok, sekarang anda boleh ON kan komputer anda. Biasanya komputer anda secara automatik akan mengesan perkakasan (hardware) baru yang anda pasang tu dan meminta anda memasukkan CD atau disket untuk proses install driver bagi kad tersebut. Anda kena ikut le apa-apa arahan yang keluar kat skrin komputer anda tu satu persatu sehingga selesai. Saya tak boleh menerangkan secara detail di sini kerana kad bunyi ni ada puluhan jenama yang guna cara install driver yang berbeza-beza. Kalau nak senang, pilihlah kad bunyi yang bagus macam Creative SoundBlaster. Masukkan CD Driver dia, lepas tu tunggu tekan Yes atau OK aje tiga empat kali. Semuanya selesai.